5 Laman Web dan Aplikasi ‘Calorie Counter’ Terbaik

Penting untuk seseorang itu tahu jumlah kadar kalori dalam hidangan yang diambil dalam sehari.
Kajian menunjukkan bahawa orang yang mencatat atau tahu kadar jumlah kalori yang diambil lebih mudah dan senang untuk turun berat badan serta dapat mengekalkan berat badan untuk jangka masa yang panjang.
Kecanggihan teknologi yang sedia ada pada zaman sekarang telah memudahkan lagi anda untuk mengira kalori. Terdapat banyak laman web dan aplikasi yang mampu membantu anda mencatat kalori dan memantau kadar pengambilan kalori yang diambil.
Semua itu boleh diakses secara atas talian dan kebanyakan daripadanya adalah percuma.
MyFitnessPal

MyFitnessPal merupakan salah satu calorie counter yang terkenal pada masa kini. Laman web ini akan memantau berat badan anda dan terus mengira kalori yang sepatutnya diambil. Ia turut mengandungi diari makanan dan nota catatan bersenam. Laman utama web ini akan memberikan gambaran penuh tentang kalori yang diambil untuk satu hari. Tambahan pula, ia juga menunjukkan baki kalori yang perlu diambil serta jumlah kalori yang telah berkurang setelah anda bersenam. Data nutrisi MyFitnessPal mengandungi lebih daripada 5 juta makanan. Anda boleh memuat turun resepi atau cipta hidangan anda sendiri. MyFitnessPal adalah percuma. namun terdapat sesetengah feature yang hanya boleh diakses dalam versi premium yang mana perlu dilanggan sebanyak $49.99 setahun.
Lose It!

Lose It! adalah satu lagi aplikasi yang mudah untuk digunakan dalam memantau kesihatan anda. Aplikasi ini turut boleh disambungkan dengan pedometer atau peranti kecergasan yang lain. Berdasarkan berat, tinggi, umur dan matlamat anda, Lose It! akan sediakan kadar pengambilan kalori disarankan yang perlu anda ambil. Kemudian, ia akan pantau kalori anda di laman utama. Lose It! turut membolehkan anda membuat peringatan untuk mencatat setiap snek dan makanan yang dimakan. Namun begitu, Lose It! tidak boleh memantau micronutrients.
FatSecret

FatSecret adalah calorie counter yang merangkumi semua termasuklah, diari makanan, data nutrisi, resepi sihat, mencatat senaman, carta berat badan dan jurnal. Laman utama menunjukkan jumlah kalori yang diambil, begitu juga dengan jumlah kalori yang dibakar turut dipaparkan dalam setiap hidangan untuk setiap satu hari. FatSecret merupakan aplikasi yang mesra pengguna dimana anda boleh berkomunikasi dengan pengguna FatSecret yang lain selain boleh berkongsi pendapat, tips, resepi dan banyak lagi. Laman web ini sarat dengan informasi dan tip-tip yang berguna dari artikel yang membincangkan pelbagai topik menarik berkaitan kesihatan.
Cron-o-meter

Cron-o-meter memudahkan anda untuk terus memantau diet, senaman dan berat badan anda. Ia menawarkan saiz hidangan yang tepat dan data senaman yang bersesuaian. Jika anda mengandung atau dalam keadaan menyusukan, anda boleh memilih sendiri kadar kalori yang perlu diambil. Anda juga boleh memberitahu Cron-o-meter bahawa anda sedang melakukan diet tertentu sepert paleo diet, diet rendah karbohidrat atau diet vegetarian rendah lemak. Semua itu akan mengubah kadar kalori yang disarankan macronutrient. Cron-o-meter sangat tepat digunakan untuk memantau micronutrients seperti vitamin dan mineral. Aplikasi ini menawarkan naik taraf bagi menghentikan segala iklan yang tidak berkenaan, menawarkan analisis yang lebih bagus dan memberi features tambahan.
SparkPeople

SparkPeople merupakan salah satu calorie counter yang lengkap merangkumi semua aspek seperti memantau nutrisi, aktiviti, matlamat serta perkembangan diet sihat anda. Diari makanan SparkPeople ini adalah sangat ringkas dan nyata. Jika anda cenderung untuk makan makanan atau hidangan yang sama setiap hari, anda hanya perlu salin halaman diari yang sebelum ke halaman seterusnya untuk beberapa hari. SparkPeople mempunyai komuniti yang sangat besar. Segala sumber seperti resepi, berita kesihatan, demo senaman, dan artikel adalah dari pakar bidang itu sendiri.
Terdapat banyak resepi atas talian dan pangkalan data dalam laman web versi percuma, namun anda boleh naik tarafkan akaun anda untuk mengakses lagi banyak features yang menarik. Calorie counter dan nutrisi sangat berguna untuk anda yang cuba untuk kurangkan berat badan, kekalkan berat yang sedia ada atau pun tambah berat badan. Mereka juga akan turut membuat perubahan tertentu kepada diet anda seperti perlu mengabil banyak protein atau kurangkan karbohidrat dalam pemakanan anda.