Resepi Osizushi

Sushi adalah makanan utama yang terkenal di negara Jepun. Terdapat pelbagai jenis sushi yang amat digemari para pencinta makanan daripada negara matahari terbit ini. Antara jenis sushi yang amat popular ialah nigiri sushi di mana ianya mengandungi sepotong isi ikan yang diletakkan di atas nasi. Namun, pernahkah anda terdengar tentang sejenis sushi yang dipanggil sebagai oshizushi? Oshizushi adalah sushi yang berasal daripada Osaka, Jepun. Sushi ini agak sukar didapati di restoran-restoran yang menjual makanan daripada Jepun ini. Secara asasnya, Oshizushi ini adalah sushi yang telah dimampatkan. Untuk mengetahui cara-cara serta bahan-bahan yang diperlukan, ikuti perkongsian yang telah dikongsi oleh FIZA SUSHI ini:
Oshizushi (pressed sushi)

Ok, hari ni kita buat Tuna Oshizushi.
Atau lebih dikenali Sushi Tekan.
Sushi ni biasa terdapat di area Kansai.
Bahan-bahan:
1) Japanese rice 1 cup
2) Tuna sandwich spread
3) Japanese cucumber
4) Red cabbages
5) Carrot
6) Seaweed
7) Salt, vinegar, sugar
Cara-cara:
1) Untuk masak nasi jepun ni, lebihkan air 3/4 cup dari sukatan beras.
2) Selepas nasi masak, tambah sedikit cuka, garam dan gula. Gaul sebati dengan teknik yg betul supaya nasi kekal cantik sebutir sebutir.
3) Apabila nasi telah sejuk, ambil bekas bentuk segi empat, alas dengan plastik, dan letak layer pertama nasi sushi.
4) Selesai satu layer, letak seaweed dan tuna, tekan sampai mampat
5) Kemudian, buat lapisan kedua dengan topping tuna.
6) Hias dengan sekikit mayonis dan sayur segar ikut kreativiti.
7) Gunakan pisau yang tajam untuk potong sushi.
Nota: Tips supaya dapat potongan yg kemas adalah, gunakan kitchen towel yg lembap untuk bersihkan pisau setiap kali potong sushi.
Cara ni senang nak buang nasi sushi yg agak sticky dan suka melekat pada pisau..
Selamat mencuba!!
Sumber: FIZA SUSHI